Tuesday 31 January 2017

Girls' Day Out:Cuti-cuti Penang D-1, Part 1

When my finger start to dance, hari-hari nak update blog..hahaha.. Harini iolls nak cerita pasal percutian tak dirancang kitorang ni. Asalnya nak balik kampung dekat Sungai Petani nak hantar my cousin yang bertudung hijau tu balik. ehhh alih-alih boleh pulak TERplan nak pergi jalan-jalan Penang. Kisahnya kitorang takut nak naik bas, sebab asal buka berita je kes kemalangan bas, dah jadi fobia pulak nak naik bas. So gigih laa iolls cari tiket ETS.. tup tup tiket habis uolls.. so guana nak balik kampung nie... Tingggggg tetiba teringat Airasia ada buat promotion. Dan-dan tu iolls check tiket ke Penang, nak pulak tengah murah RM47 seorang.. Kepala nie mula laa ligat berfikir "apa kata singgah jalan-jalan dulu dekat Penang, baru kita balik Sungai Petani". Tak fikir panjang terus beli tiket. Dari 3 orang jadi 5 orang haa nak join. Ok takpe lagi ramai lagi best. So pada 20hb Januari bermula lah cerita kami berlima. Flight kitorang pukul 9.50 pagi.Nasib baik abah baik hati nak hantar ke KLIA2.. 
Abaikan baju kuning kat belakang tu

Muka semangat nak jalan-jalan
Ready to Fly
Yeyy dah jadi orang Penang..hehe
Alhamdulillah, tepat pukul 10.45 kami tiba di Penang International Airport. 1st sekali keluar jer dari Airport, belok kiri kitorang cari Bas Rapid Penang..Haaa banyak rupanya Bas Rapid Penang.. Terus Iolls cari Bas Airport Transit ke KOMTAR. Harga tiket dari Airport ke KOMTAR cuma RM2.70. Make sure bagi duit yang cukup ye sebab driver bus takkan pulangkan baki uolls. Perjalanan dari Airport ke KOMTAR memakan masa lebih kurang 20-30 min juga sebab jalan masa tu agak sesak. Bas akan berhenti sebelah KOMTAR, depan Pragin Mall, belah kanan kami pula 1st Avenue Mall.. Masa tu kitorang turun je dari bas tetiba blur.. sebab betul-betul dekat simpang empat. nak ke kiri ke, ke kanan ke apa nihh..hahahah..

sebagai rujukan uolls

Lepas 10 min berpusing-pusing cari jalan nak ke hotel akhirnya jumpa juga..padahal kalau ikutkan 3 min je jarak dari KOMTAR ke hotel. Kami booking hotel melalui Agoda.com dengan harga RM216 semalam untuk sebilik.

Dari luar hotel nampak mcm biasa-biasa je
Lepas selesai Check-in bilik, kitorang terus rehat dulu sebelum meneruskan aktiviti kami sebelah petang.

Ok begitulah ceritanya.. nanti iolls sambung cerita lagi lah ye..bye!!




No comments:

Post a Comment