Wednesday 27 May 2015

Travelogue:Cintaku Tertinggal di Korea - PART 3

Assalamualaikum,

Sorry dah seminggu lebih FK menyepi. So harini FK curi masa sikit nak sambung cerita pasal trip pergi Korea haritu.

24hb April 2015


Harini FK nak bawak korang pergi Everland. Kitorang ke sana dengan bus yang telah disediakan company. So x payah laa susah-susah nak naik train. Siap boleh tido lagi dalam bus ni haaa. Sampai je kat sana rupanya kitorang kena naik free shuttle bus untuk ke Everland.

Apa yang ada di Everland..??? Ia sebenarnya merupakan sebuah taman tema yang penuh dengan permainan dan aktiviti aktif dan interaktif. Apa yang ada di sini hampir sama dengan taman-taman tema yang lain. Kebanyakan permainan atau aktiviti santapan mata yang disediakan di sini secara amnya boleh dibahagikan kepada 5 kategori utama iaitu Global Fair, Zoo-Topia, European Adventure, Magic Land dan American Adventure. Nak tahu lebih lanjut buka laa laman web Everland . Jom cuci mata dengan gambar dekat Everland ni.

Tengah tunggu Shuttle Bus untuk ke Entrance Everland
Entrance
Time ni FK tengah edarkan tiket masing-masing
2nd game FK, 1st game tak tau mana pergi gambar
Kesian FK.. Tertinggal sorang.. 
FK x dpt naik T-Express ni sebab kaunter dah tutup..sobsob



suka tengok tulip ni
motif ambil gambar ni?? fokus couple depan tu je..hahahah


Banyak tengok Runningman sebab tu terkgedik-gedik nak main benda ni.
Admission Fees

Ticket box (for foreigners): Walk 20m to the right from the main gate. The ticket box is located behind the information center.

* Daytime ticket (1 day pass): Adults 40,000 won  / Children 31,000 won
* Nighttime ticket (1 day pass): Adults 32,000 won / Children 27,000 won
Cara ke Everland by :

[Subway]
-Jeondae-Everland Station (Yongin Ever Line), Exit 3.
-Take the shuttle bus to Everland.

[Bus] 1) Sinnonhyeon Station, Gangnam Station, Yangjae Station: Bus 5002
2) Pangyo, Segok-dong, Suseo Station, Songpa Station, Jamsil Station, Gangbyeon Station: Bus 5700
3) Sadang Station, Nambu Terminal (Bundang and Gwangju via): Bus 1500-2
4) Gangbyeon Station, Gangdong Station (via Gwangju): Bus 1113

 
Okey sampai sini saja dulu. FK banyak keje nak buat. Tunggu next entry ye. ANNYEONG!!!


Friday 15 May 2015

Travelogue:Cintaku Tertinggal di Korea- PART 2

Assalamualaikum,

23hb April 2015

Kalau ikutkan itinerary yang dah FK buat, hari ni adalah hari Free & Easy kami. Bos FK saja bagi ruang pada kami untuk pergi mana-mana tempat yang nak kami lawati memandangkan ini bukanlah kali pertama bos FK datang ke Korea. So jom lihat tempat mana yang FK pergi harini.

1.Gyeongbokgung Palace

 
Dekat sana ada banyak palace tp FK cuma pergi Gyeogbokgung Palace sebab ia berdekatan dengan tempat lain yang kami nak pergi.So sekali jalan la senang cerita dan lagi satu FK dah terpengaruh dengan korean drama Rooftop Prince.HEHEHE.Tapi FK x sempat nak tengok Changing Guard Ceremony.Sedihh!! takpe next time datang lagi.

Palace ni dibuka setiap hari kecuali hari SELASA dan dibuka pada pukul 9.00 pagi-6.00 petang dan kadar bayaran adalah:

Dewasa (umur 19-64): 3,000 won
Kanak-kanak (umur 7-18): 1,500 won

Direction ke Gyeongbokgung by Subway:

Dari Myeongdong Station (line 4) kita transit dekat Chungmuro Station and ambil Line 3 untuk ke Gyeongbokgung Palace Station (Line 3, Exit 5). Keluar je Exit 5 dah nampak Gyeongbokgung Palace. Meh FK belanja korang pic sekitar kawasan Gyeongbokgung Palace ni.
 

2.Gwanghwamun Square

After dah berjalan sakan dekat dalam kawasan palace ni. FK & yang lain-lain berangkat ke Gwanghwamun Square. Lintas je jalan depan Pintu Masuk Gyeongbokgung Palace rupa-rupanya Gwanghwamun Square, ingat jauh mana la. Gwanghwamun Square terletak di tengah-tengah kota metropolitan Seoul. Dataran ini menghubungkan Gwanghwamun Gate (pintu masuk Gyeongbokgung) dengan Cheonggye Square.Di sini terletaknya patung King Sejong. King Sejong merupakan raja ke-4 Dynasty Joseon. Dia adalah orang yang bertanggungjawab mencipta tulisan Hangul (tulisan Korea).
Dekat dataran ni pun ada satu lagi monumen iaitu monumen Admiral Yi Sun-Shin. Yi Sun-Shin merupakan seorang Komander Tentera Laut yang bertanggungjawab mengetuai peperangan menentang Jepun. Tp FK x berjalan sangat dekat sini setakat tengok dari tepi jalan je sebab hati FK dah dekat Namdaemun Market. So jom lepas ni FK bawak korang pergi shopping dekat Namdaemun pulak ok.

3.Namdaemun Market

Dari Gwanghwamun Station (Line 5) kami transit di Chungmuro untuk ambil Line 4 ke Hoehyeon exit 5. Pasar ni dibuka setiap hari kecuali hari ahad. Disini adalah syurga barangan, macam-macam ada jua seperti souviner, pakaian, makanan, barang dapur, kosmetik.Korang boleh beli Souviner dekat sini dekat harga berpatutan. Terdapat banyak kedai, gerai yang menjual T-Shirt seperti I LOVE KOREA, Runningman pada harga 10,000 Won untuk 3 helai, chopstick, keychain, fridge magnet dan macam-macam lagi lah. Pada mulanya FK datang cuma nak survey harga tapi memandangkan harga semua berpatutan akhirnya FK beli juga barang yang dikirimkan oleh saudara-mara FK dan sedikit souviner untuk kawan-kawan FK.

Tujuan sebenarnya FK datang Namdaemun ni sebab nak beli brooch dekat bangunan E-Lendang.Itu pon sebab hati dah memberontak sebab Brooch Korea dekat Malaysia tersangatlah mahal.Cara E-Lengdang, keluar je dari exit 5, jalan sikit ke depan korang akan nampak bangunan kaler hijau. Haaa itulah bangunannya. Dengan semangatnya FK menapak ke tingkat 2. Bila masuk je kedalam terkaku sekejap FK. Banyaknye kedai ada 400 lebih satu floor. FK tak berlengah lagi, terus cari kedai No.209 sebab ramai orang kata kedai ahjuma ni murah.Boleh tahan jugak design brooch dia. Apa lagi FK pon melancarkan operasi memilih brooch. Banyak juga beli untuk Fk sendiri, mama, mak cik FK .Lepas menghabiskan duit beli brooch barulah FK merayap cari souviner. Hampir 2 jam berjalan dekat Namdaemun Market FK dan yang lain-lain balik ke GUesthouse untuk rehat sekejap sebab malam kitorang nak pergi Namsan Tower pulak.
Bangunan belah kanan ni la E-Lengdang

Rambang mata FK macam-macam barang ada
Banyak tak kitorang shopping
4.Namsan Tower

Haaa...akhirnya malam pon tiba. FK pon apa lagi melompat dari katil bersiap nak pergi ke Namsan Tower. Tapi ramai kawan FK tak pergi sebab diorang dah penat. Tak kesah laa janji FK pergi jugak. 

Cara ke Namsan Tower:

Naik subway ke Myeongdong (line 4, exit 3) keluar dari exit 3 padang ke belakang korang akan nampak Pacific Hotel dan 7eleven. Korang jalan je ke arah Pacific Hotel dan akan ada simpang kiri or kanan. Lepas tu suka hari korang laa nak ikut kiri or kanan sebab dekat tempat pejalan kaki tu memang dah ada arah or anak panah ke Namsan Tower, korang ikut je. Guesthouse yang FK duduk memag dekat belakang Pasific Hotel je, kitorang cuma perlu menapak je ke belakang. Nanti korang akan jumpa........

Taaaraaa!!! Tangga ni. punye laa curam tangga nak ke atas.Nak nangis FK menapak. Kesian kawan FK siap kena dukung anak lagi. So sapa yang ada asma tu standby air dengan ubat ye.
sebagai bukti kitorang menapak.ni masa kitorang jalan balik
Bila dah sampai atas ni korang ada 2 pilihan samaada korang nak naik Cable Car or Menapak lagi naik tangga. Korang rasa FK nak naik tangga ke kalau yang ni pun dah tercungap-cungap. So kitorang pon berjalan ke depan sikit untuk ke Namsan Cable Car. 

Info Namsan Cable Car:

Operating Hours:







10.00-23.00







Admission Fees

Adults (Roundtrip): Individuals 8,500 won / Groups 7,000 won
Adults (One-way):  Individuals 6,000 won / Groups 5,000 won
Children (Roundtrip): Individuals 5,500 won / Groups 4,500 won
Children (One-way): Individuals 3,500 won / Groups 3,000 won

Dah sampai!! Tapi sangatlah tak best kalau pergi malam. Dah laa FK lupa bawa glove. hampir beku dah rasa badan ni. Nak ambil pic pon tak cantik kalau view malam. Kitorang pon tak naik Tower tu memandangkan kat bawah pon dah sejuk and sampai naik kebas muka, nikan pulak nak naik atas. Korang rasa??? hahaha...Ni antara pic yang sempat FK snap untuk tatapan korang.

Lepas kitorang dah posing sakan, apa lagi jom balik Guesthouse nak kumpul energy untuk esok pulak. Tapi yeke sampai sini je.kekekek. Tentulah tidak bagi FK and 2 orang gadis satu bilik dengan FK. Malam masih muda walaupon dah pukul 10.30 malam time tu. Kitorang ambil keputusan untuk terus ke Myeongdong Street. YEHAAAA!!!! Actually kan uolls kami bertiga tiap-tiap malam keluar ke Myeongdong Street sebab dia seberang jalan je and dekat sangattttttt dengan Guesthouse kitorang. 

Sampai sini je laa FK cerita. Korang tunggu laa entri yang berikutnya pulak.Annyeong!!!

Tuesday 12 May 2015

Travelogue:Cintaku Tertinggal Di Korea-PART 1

Assalamualaikum,

Semalam FK dah story pada korang berkenaan persiapan ke Korea. So entri kali ni FK nak story pasal pengalaman & tempat2 menarik yang FK lawati di Korea. Percutian FK kali ini adalah selama 5 hari 4 malam dan pada musim bunga.Sebab apa musim bunga?? sebab kami semua dah kemaruk nak tengok bunga tulip & of coz FK hard fan korean drama n Kpop.

Pada tarikh 22hb April 2015 jam 8.30 pagi penerbangan FK ke Seoul dan buat pertama kalinya FK naik kapal terbang.Time tu punya laa berdebar-debar, kepala ni dah macam2 fikir, MH307, MH17.Hmmm..




Perjalanan dari KL ke Seoul mengambil masa 6 jam. sepanjang perjalanan FK tak boleh lelapkan mata langsung, maybe excited or takut naik flight kot.

Flight mendarat lebih kurang pukul 3.30 petang waktu seoul. Selepas pengesahan kastam dan dah claim bag, kami menunggu sahabat bos dan bas yang dah kami booked 2 bulan lepas. Bukan tak nak naik shuttle bus or train tapi memudahkan sebab kami 28 orang dan ada kanak-kanak, susah nak kawal.

FK dan member FK apa lagi..terus cari 7eleven. Nak buat apa?? Of coz laa pergi cari Banana Milk. Fefeeling korea gitu. Itulah benda first yang perlu korang cuba..hehehe


Rasa macam orang korea dah dapat minum Banana Milk

Kira-kira 5.30 petang baru bas kami sampai. Fuhhh penat nak tunggu, pemandu bas tu kata jalan sesak teruk memandangkan haritu hari bekerja. Tapi bagi aku cuti or bekerja sama sahaja. 

Ni Bas kitorang..Lg tambah excited FK sbb ada Lee Jong Suk disisi FK 
Kami tak terus ke Guesthouse. Sebaliknya kami terus ke Itaewon untuk bersolat dan mencari makanan halal. So sempat laa juga kami berjalan di sekitar Itaewon walaupun sekejap.Lepas itu kami pun bertolak ke Nungmaru Gusesthouse tempat penginapan kami selama kami berada di sana.


Kredit to member FK sebab snap pic FK dr belakang..hahaha



FK ada kerja lain nak buat laa.Nanti FK sambung PART 2 ok. Annyeong!!!

Monday 11 May 2015

PERSIAPAN SEBELUM MELANCONG KE KOREA

Assalamualaikum..

Hari ni FK nak share story pasal pengalaman FK melancong ke Korea. Sebenarnya ni laa 1st time FK melancong luar negara. Percaya tak?? hahaha. Memang dah lama sangat FK nak jejakkan kaki dekat bumi Korea ni. Akhirnya tercapai juga, itupun sebab office trip. kalau tidak entah bila boleh merasa.Sungguh bertuah laa rasanya diri FK ni sebab first time melancong, Korea negara yang nak sangat FK pergi and paling best FK yang lead trip kali ni. Dengan berbekalkan research yang dah FK buat dan bertanya sedikit sebanyak pada kenalan Korea FK akhirnya harinya tiba. Tanggal 22 April 2015. Berangkatlah FK, kawan-kawan dan Bos FK ke bumi Korea.

TAPI!!!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Apa Persiapan sebelum melancong ke luar negara??? FK bagi tips dulu laa ye sebelum ber story-mory dengan korang pasal trip kitorang tu.

1.PASSPORT- Dokumen paling penting sekali jika korang nak melancong di luar negara. Sila pastikan tempoh sah passport korang sebelum berangkat tu tidak kurang dari 6 bulan. Kang tak pasal-pasal kena tinggal..Kekekek.

Passport Malaysia

2.TUKARAN WANG ASING- Pastikan wang tunai mencukupi dan tukar matawang mengikut negara anda lawati. Tapi FK syorkan korang bawak jugak matawang ringgit kot-kot korang dah terlebih shopping ada jugak simpanan untuk korang tukar dekat sana.

Korean Won

3.TIKET FLIGHT- Yang ni pon penting jugak. Kalau tak ada tiket korang nak naik apa. dayung sampan?? Pastiakan korang tempah tiket terlebih dahulu. Periksa tarikh dan masa bagi mengelakkan anda tertinggal flight.Waktu FK pergi korea kitorg tempah tiket waktu PROMOTION. Ini boleh jimatkan perbelanjaan kitorang, nak pulak kitorg pergi office trip..28 orang abaq hang!!

4.PENGINAPAN-Tempah penginapan lebih awal.Haritu FK tempah hotel 3 bulan awal sebab kami semua 28 orang. Untung juga Bos FK ada kawan di korea. Memudahkan urusan kitorang.Masa dekat sana kitorang menginap di Nungmaru Guesthouse.Tempatnya sangat strategik dan berdekatan dengan subway. Itu yang paling penting.



5.SUHU/MUSIM-Sila pastikan korang tahu berapa suhu or musim apa masa korang melancong tu.Masa ni lah korang boleh decide pakaian apa yang sesuai untuk dibawa kesana.

6.UBAT-UBATAN-Yang ni memang wajib FK bawak.

7.ITINERARY-Bagi memudahkan korang bergerak dan tidak buang masa, sila sediakan itinerary sepanjang korang berada dekat sana. Tempat-tempat seperti Nami Island dan Everland agak jauh dari Seoul. So korang kena pandai atur waktu.

8.T-MONEY-Bagi memudahkan dan melancarkan perjalanan korang korang kena beli T-Money ni. Dia macam Touch N' Go kalau di Malaysia. Tapi yang bestnya T-Money ni bukan setakat boleh digunakan di subway ang bus, teksi pon boleh. T-Money ni boleh korang beli dekat 7 Eleven dengan harga W3,000 dan perlu toupup berapa yang korang suka. Masa FK beli tu FK cuma topup W 10,000 je sebab FK cuma naik subway masa free & easy sahaja.. hari lain company dah sponsor bas.. best tak kitorg..Haaa lagi 1, baki T-money ni boleh refund semula. so pergi laa mana store yang jual T-Money ni untuk refund.

T-Money

9.MAKANAN-Satu masalah dekat sini ialah susah nak dapatkan makanan halal. Paling-paling banyak dekat Itaewon. Tapi takkan hari-hari nak pergi sanakan, so FK cadangkan korang bawak je makanan dari Malaysia. Contohnya Maggi, Makanan dalam tin, coklat, biskut.

10.BOTOL KOSONG-Memang korang wajib bawak kalau nak berjalan sebab dekat sini tandas awam dia tak ada paip air. so pandai-pandai korang laa ye guna botol nie.

11.SUBWAY-Install application Jihachul supaya mudah korang study subway route map,  tak pening kepala korang nanti. So far masa pergi haritu FK tak pernah sesat lagi. Kalau FK terpinga-pinga orang-orang kat Korea tu yang tegur FK dulu tanya nak kemana. Orang Korea sangat-sangat friendly jadi maniskan muka korang ye.hehehehe



12.INTERNATIONAL PLUG ADAPTER-Perlu ada. Sebab plug di sana lain dari Malaysia. Boleh beli dekat 7 eleven sana tapi FK tak risau sebab plug dekat Nungmaru Guesthouse memang International punya. 

13.POCKET WIFI-Dikenali juga sebagai EGG WIFI. Egg wifi sebenarnya wifi bergerak.memudahkan korang untuk berhubung dengan Family dekat Malaysia, juga bagi korang yang suka berwhatsapp, senang nak update status facebook. Yang ni pon FK dah tempah awal2 dari Malaysia. Dekat mana nak sewa?? Airport pon ada tapi kitorang sewa dekat Nungmaru Guesthouse.



Perasan tak FK asyik promote Nungmaru Guesthouse je..Haaa nanti FK akan story laa pasal apa FK suka sangat sebut Nungmaru Geusthouse ni.Rasanya dah cukup kot Tips yang FK bagi ni. Kalau ada apa2 yang kurang FK akan update uollls okey!! Tak pon jangan segan laa bertanya.. Next post FK story pengalaman di Korea ye.



Sunday 10 May 2015

My First Story

Assalamualaikum,

Alhamdulillah akhirnya FK berjaya juga hasilkan blog ni. So untuk first post ni FK cuma nak introduce pemilik blog Faz Kirana.com. Nama FK dirahsiakan..hehehe.. Korang boleh panggil Faz or Kirana or Faz Kirana or FK. Terpulang!! Berumur 25 tahun. Sekarang bekerja dalam sektor perundangan. Hobi FK membaca Novel dan Masak. I'm a Kpop Lover. Pemilik Faz Kirana Collection. Please like our Facebook or our Instagram