Saturday 18 March 2017

Travelogue: Our Journey To Vietnam DAY 1

Watak Utama: Faz, Ila, Shafiq
Tajuk DramaK.A.M.I. ke Ho Chi Minh
Episod           : 4 Episod
Penyunting    : Faz
EPISOD 1- 08hb Mac 2017
Wah rasa macam faz buat drama. hahaha.. Trip kali ni sepatutnya 6 orang, Tapi disebabkan lagi 3 orang ada masalah yang tak dapat dielakkan, so tinggal kami bertiga. Bertiga pun bertiga lah janji tak pergi sorang. Al-kisahnya flight kami pukul 9.15 pagi. Jadinya kami ambil keputusan untuk naik bas dari TBS ke KLIA2 pada pukul 5.00 pagi memandangkan tak ada orang yang sudi hantar kami ke airport...hahaha..Semuanya dah di tempah seminggu sebelum keberangkatan kami ke Ho Chi Minh melalui TBSonline. Harga tiket Jetbus baru RM11.00, murah jer kalau nak dibandingkan naik KLIA transit,, selagi boleh jimat, kita berjimat ok. Faz dan Ila dari Ampang, so memang tak ada masalah nak ke TBS, yang kesian si Shafiq, bertabah lah awak sebab awak duduk di Klang. Sesampainya di Airport kami breakfast dahulu,  tak pernah hakak breakfast pukul 6.30..hahahah. Puncanya sebab tak beli makanan dalam flight. Motif nak tidur sebelum kerah tenaga dekat sana,

view dari atas
Alhamdulillah selamat mendarat di bumi Vietnam. Cantik sangat permandangan dari atas. Selepas selesai urusan Imigresen, kami terus keluar mencari booth jual simkad. Masa tu kami bertiga blur sekejap, mana taknya banyak betul orang jual simkad.. survey punya survey kami kami dapat simkad yang paling murah, syarikat telco Vinaphone. sesuai untuk Tourist, 130K Dong dengan 9gb internet. baloi memang berbaloi. Faz siap share simkad dengan Ila lagi, Jimat selagi boleh jimat, Mana nak cari booth Vinaphone?? Keluar je dari pintu Airport belok kiri, booth Vinaphone hujung sekali, Paling ramai orang beratur, mahu 30 min kami tunggu nak beli simkad sahaja.
beratur panjang nak beli simkad
Ok next, lepas beli simkad keluar cari bas no. 152, bas ni ke Ho Chi Minh City. Last station adalah Ben Thant Market, so korang semua tak payah tertinjau-tinjau nak turun dekat station mana. Turun je bas kami pun buka google maps, nak buat apa?? hurmmmm.. misi mencari Mai Guesthouse kitorang dekat Backpacker Street. Ikut dalam google maps 10 min je jalan kaki. Lepas selesai misi, kami mulakan misi rehatkan diri, sebelum sebelah petang kami memulakan aktiviti pertama kami.

Tepat pukul 4 petang kami gerak keluar dari Guesthouse. Misi pertama kali pada sebelah petang adalah cari Malaysian Street..hahaha..dari Backpackers street ambil masa 10 min jalan kaki. Sesampainya di sana kami cari Restoren Halal disebabkan last kami makan pagi tadi. Nasib baik Faz tak kena gastrik tau. kami ke hulur ke hilir memikirkan nak try Restoren mana dulu, hahahha,, Last sekali kami masuk ke Kedai Halal Amin. Faz order Nasi Goreng Ayam dengan Limau Ais.Apa yang boleh Faz bagitahu makan sangat sedap dan harga sangat murah.

Lepas selesai makan, kami pun mulakan misi kedua kami. Disebabkan kami ada masa terluang, kami saja jalan-jalan sekitar HCMC. Dengan bantuan Google Maps kami mencari Saigon Central Post Office, Saigon Notre-Dame Cathedral, Saigon Opera House (Municipal Theatre),War Remnants Museum, Independence Palace and Ho Chi Minh Square. Kalau ikutkan itinerary yang kami dah buat, tempat-tempat ni akan kami pergi pada hari ke-3 or 4. Untuk tidak membuang masa kami, takut-takut nanti tersesat kami pergi riki tempat arini.. hehehe

tengok gambar Faz dari belakang sudah, 

Saigon Central Post Office


Saigon Notre-Dame Cathedral

Ho Chi Minh Square

Our last destination adalah Ho Chi Minh Square. Tempat penduduk sini lepak, bersantai pada waktu malam, Sangat Happening, Faz suka duduk sini, sambil melihat gelagat-gelagat foreigner dan local. Ada yang baru balik kerja bersantai sebentar di sini, ada yang bersantai dengan keluarga dan ramai juga pelancong di sini.Bila fikir balik rasa macam ada dekat Gwanghamun Square, Korea or Dataran Merdeka, Malaysia. Sangat best. Lepas kami penat bergambar, kami mencari satu sudut untuk kami berehat,

Sempat lagi Shafiq berkenalan dengan Mamat jual kopi Vietnam


Nak dijadikan cerita lepas kami berehat, kami teruskan misi berjalan kami, sambil melihat kiri kanan kami, sambil melihat gelagat orang, tiba-tiba tak tahu macam mana tak perasan ada station TV Vietnam nak shoot program. Tak semena-mena kami dipanggil untuk interview, kami popoular di Vietnam nanti. Nantikan rancangan tersebut ye..hahahahha..rancangan apa pon kami tak tahu haaa...

Apabila Ila speaking London..hahaha
Selesai je interview kami sambung jalan-jalan. Faz ternampak bangunan yang unik. Dari bacaan dari blog lain bangunan ni sebenarnya apatment lama yang diubah suai dan dijadikan cafe.. sesiapa yang nak rasa kopi vietnam boleh lah datang sini, Faz tak sempat nak pergi sebab dah kesuntukan masa. So amil gambar pon jadilah. Dari tak ada langsung kan.hehehe

salah satu tempat yang teringin nak pergi

penat jalan cari port dulu nak update status fb.hahaha

Lepas dah penat berjalan kami balik ke Malaysian Street untuk bungkus makanan. Disebabkan dah malam kami cari makanan yang light2 je okey.. So kami beli Banh Mi dekat tepi Malaysian Street. Sebiji RM6.00. Tapi Faz lupa nak snap gambar pulak..Kalau nak tahu akak ni jual dekat moto je. Tapi jangan terkejut tiba-tiba tengah korang tunggu makanan korang, hakak tu lari bawak moto. siap dia suruh korang tunggu 10 min lagi. Mula-mula kitorang pelik dan jakun jugak lah dengan situasi nie tapi duduk sana 4 hari dah biasa..hahaha.. Rupanya peniaga-peniaga tepi jalan tu lari daripada polis, diorang tak boleh meniaga pun di kaki lima or tepi jalan tu. Lepas beli makanan kami pun balik ke Guesthouse. Begitulah cerita untuk episod 1. Kalau Faz ada teringat apa-apa lagi nanti Faz tambah okey.

Jumpa next entry !!