Wednesday 13 April 2016

FK Minta Maaf


Maaf ye semua..rupanya dah berhabuk Blog FK ni.. Dah tiga bulan tak buka. Bukan sengaja.. awal tahun macam ni kerja dekat office banyak laa pulak..buat kerja sampai lupa FK nak update blog..balik rumah tak fikir apa dah mesti nak rehat cukup-cukup punya.nak pulak cerita best2 dekat TV sakarang ni..Lagi tak ingat apakan.

So kepada yang Komen/bertanya maap lagi sekali baru laa ni nak reply..

Bukti kerja tak pernah habis..hahaha
Lepas ni FK rajin baca komen korang ye...

FK Jalan-Jalan: Funtasy House Trick Art, Ipoh





Sebenarnya entry kali ni dah tersimpan hampir lima bulan..baru sekarang ni teringin nak post. December last year FK & friends (kami berenam sebenarnya, gaya macam ramai) ada plan nak buat reunion kecil-kecilan.Tapi last minute hanya tiga orang je yang free. So kami decide untuk ke Perak & kebetulan salah seorang daripada kami duduk di Perak. Kami berada di sana  selama 4H3M. Macam-macam dah plan tapi tak semua plan yang menjadi kebetulan pula masa tu cuti Krismis tersangat laa ramai manusia.Kami jadi letih sebab menunggu je. Kami sempat ke The Lost World of Tambun (itupun makan masa 1 hari), Funtasy House Trick Art, Ipoh & Jetty Lumut.   


Berbalik kepada cerita sapa yang singgah ipoh meh ler datang Funtasy House Trick Art ni. Korang mesti kaki selfie gak kan. Tempat dia boleh tahan susah nak cari. pakai waze pon boleh sesat.. kawan FK ni kata orang Perak..kata selalu pergi Ipoh, pon 2 x 5 tak tahu jalan. agak-agak dah sesat sangat tu tanya jela orang dekat situ. Kami masa tu bernasib baik sebab sampai satu simpang ternampak tourist berkumpul. Nasib baik betul tapi tak sangka pulak dia rumah kedai..hahaha..

Okey ni FK bagi sedikit info tentang Funtasy House Trick Art, Ipoh.




FUNTASY HOUSE TRICK ART
16, Jalan Market, 30000 Ipoh, Perak
Telephone — (60)5-255 0007
Email — ask@funtasyhouse.com

OPERATING HOURS
Weekdays : 9am – 6pm
Weekends & Public Holidays : 9am – 8pm

TICKET PRICE

MYR19.00
• Adults without MyCard
MYR15.00
• Adults with MyCard

MYR10.00
• Kids (4 years old & above)
• Students (with Student ID)
• Senior Citizens (above 60 years old)
Free Admission
• Disabled (with OKU Card)
• Infants (below 4 years old)

Jom layan gambaq masa FK  kat sana..

Aik boleh senyum lagi



style gile ambik gambo pkai dress


Tak semua gambar FK upload.. nak taw kena p sendiri laa..hehehe

Ingat tau kalau singgah Ipoh pergi sini ye..Annyeong!!!


Tuesday 12 April 2016

Resepi: Laksa Lemak Nyonya

Mood masak FK baik sekarang ni. Sebab teringin sangat nak makan laksa nyonya, gigih FK goggle resepi. Tadaaa!!! hasilnya..sangat sedap rugi kalau tak cuba.(puji diri sendiri). Kebetulan pula ada sahabat abah datang rumah.memang langkah kanan la diorg dapat rasa masakan FK. 5 star kot FK dapat..tenkiu sapa yang puji tu..disebabkan FK tak kedekut resepi nah FK share dengan korang.



BAHAN KUAH LAKSA

3 sudu makan udang kering (direndam dan toskan)
1 genggam daun kesum (FK letak 2 genggam)
2 kuntum bunga kantan
1 liter santan
1 liter air rebusan kepala dan kulit udang
2 kiub ikan bilis (kalau tak ada kisar 1 genggam ikan bilis)
1 sudu makan sos ikan
250g bawang merah *
2 batang serai, hiris halus *
20g belacan bakar*
1 inci lengkuas*
5 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
3 biji cilih merah*
1 sudu makan biji ketumbar*
(semua bahan bertanda * dikisar halus)


BAHAN LAKSA

1bungkus laksa direbus
500g udang (direbus)
taugeh
timun
bawang besar
fishcake (digoreng dan dihiris nipis)
tauhu pok
limau kasturi or limau nipis
hirisan bunga kantan
sambal tumis (resepi di bawah)

BAHAN SAMBAL TUMIS

1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar*
1/2 inci belacan*
1 sudu makan udang kering*
2 ulas bawang putih*
air asam jawa
Garam dan gula
(Bahan bertanda * dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA

Untuk Kuah Laksa
1.Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang kering hingga harum..selepas itu masukkan bahan-bahan rempah yang dikisar. Tumis hingga harum dan terbit minyak.
2.dalam periuk besar yang lain, panaskan stok udang dan lepaskan daun kesum dan biar renih 10-15 minit.
3.Masukkan rempah yang ditumis tadi bersama kiub ikan bilis dan satan ke dalam stok udang yang telah direnih tadi. (FK tambah air lagi)
4.Selepas itu masukkan bunga kantan, sos ikan dan perasakan dengan garam dan gula.Biar mendidih dan kacau selalu.

Untuk Sambal Tumis
1.Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar hingga harum.
2.Masukkan cili kisar dan masak hingga garing.
3.Masukkan air asam jawa, dan perasakan dengan garam dan gula.
4.Kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga sambal tumis terbit minyak.

Sambil taip ni pon tekak dah rasa nak makan laksa nyonya lagi.kena repeat lagi ni..

Tapi FK tengah diet ni...hmmmm..