Tuesday 31 January 2017

Girls' Day Out:Cuti-cuti Penang D-1, Part 1

When my finger start to dance, hari-hari nak update blog..hahaha.. Harini iolls nak cerita pasal percutian tak dirancang kitorang ni. Asalnya nak balik kampung dekat Sungai Petani nak hantar my cousin yang bertudung hijau tu balik. ehhh alih-alih boleh pulak TERplan nak pergi jalan-jalan Penang. Kisahnya kitorang takut nak naik bas, sebab asal buka berita je kes kemalangan bas, dah jadi fobia pulak nak naik bas. So gigih laa iolls cari tiket ETS.. tup tup tiket habis uolls.. so guana nak balik kampung nie... Tingggggg tetiba teringat Airasia ada buat promotion. Dan-dan tu iolls check tiket ke Penang, nak pulak tengah murah RM47 seorang.. Kepala nie mula laa ligat berfikir "apa kata singgah jalan-jalan dulu dekat Penang, baru kita balik Sungai Petani". Tak fikir panjang terus beli tiket. Dari 3 orang jadi 5 orang haa nak join. Ok takpe lagi ramai lagi best. So pada 20hb Januari bermula lah cerita kami berlima. Flight kitorang pukul 9.50 pagi.Nasib baik abah baik hati nak hantar ke KLIA2.. 
Abaikan baju kuning kat belakang tu

Muka semangat nak jalan-jalan
Ready to Fly
Yeyy dah jadi orang Penang..hehe
Alhamdulillah, tepat pukul 10.45 kami tiba di Penang International Airport. 1st sekali keluar jer dari Airport, belok kiri kitorang cari Bas Rapid Penang..Haaa banyak rupanya Bas Rapid Penang.. Terus Iolls cari Bas Airport Transit ke KOMTAR. Harga tiket dari Airport ke KOMTAR cuma RM2.70. Make sure bagi duit yang cukup ye sebab driver bus takkan pulangkan baki uolls. Perjalanan dari Airport ke KOMTAR memakan masa lebih kurang 20-30 min juga sebab jalan masa tu agak sesak. Bas akan berhenti sebelah KOMTAR, depan Pragin Mall, belah kanan kami pula 1st Avenue Mall.. Masa tu kitorang turun je dari bas tetiba blur.. sebab betul-betul dekat simpang empat. nak ke kiri ke, ke kanan ke apa nihh..hahahah..

sebagai rujukan uolls

Lepas 10 min berpusing-pusing cari jalan nak ke hotel akhirnya jumpa juga..padahal kalau ikutkan 3 min je jarak dari KOMTAR ke hotel. Kami booking hotel melalui Agoda.com dengan harga RM216 semalam untuk sebilik.

Dari luar hotel nampak mcm biasa-biasa je
Lepas selesai Check-in bilik, kitorang terus rehat dulu sebelum meneruskan aktiviti kami sebelah petang.

Ok begitulah ceritanya.. nanti iolls sambung cerita lagi lah ye..bye!!




Monday 30 January 2017

Jushine C by Nlee Beauty


Sapa penah tengok produk ni angkat tangan.KEKEKE.. kalau ampa angkat tangan pon macam laa iolls nampak. Sebenaqnya nak habaq, iolls consume jushine C nie baru lagi. Tapi kesan jus nie sangat ketara. Antara kesan yang ketara iolls nampak:-

-Luka dekat kaki iolls dah kecut setelah berbulan lamanya tak kecut2
-masalah eyebag dah kurang
-perut dah tak gastrik macam dulu lagi
-tak ada istilah senggugut dalam kamus bulanan iolls..hehehe
-senang membuang waktu pagi

Haaa tu antara kesan penggunaan untuk 2 minggu nie..nak kata cerah sikit muka tu tak sure lah sebab muka sunburn aritu sebab balik dari Penang.. Belang-belang dah rupa serupa kuda belang.hahahha.. After 2 minggu nanti iolls habaq naa dah cerah ka belum..hehehe..nak tahu lebih lanjut tentang jus nie sila baca dibawah..



APA BAHAN-BAHAN JUSHINE C?
➡Water
➡Vit c
➡Orange emulsion
➡Xanthan gum
➡Glucose
➡Flavour orange
➡Acerolla cherry

KEBAIKAN
-Utk merawat sembelit
-memudarkan parut jerawat
-mencerahkan kulit
-memberi tenaga
-merawat masalah jerawat
-merawat kulit kering
-merawat luka
-merawat parut badan
-merawat masalah eyebag / wajah kusam.
-meningkatkan imunisasi badan. 

✔SESUAI UTK KANAK-KANAK (Seawal 7 tahun dan ke atas) ,
✔REMAJA, WANITA DAN LELAKI DEWASA, ORANG TUA.
✔SESUAI UNTUK IBU HAMIL SEAWAL 2 BULAN, IBU MENYUSU, WANITA DALAM PANTANG.
✔SESUAI UTK MEREKA YANG ADA ALAHAN TERHADAP SEAFOOD
✔SESUAI UNTUK PESAKIT CYST (Jushine adalah free collagen)

Kuantiti : 200ml (40 hari penggunaan / 5ml sehari)

CARA PENGAMBILAN
-Sehari minum 5ml atau 10 ml (maksima)
-Jangan lebih dari sukatan yang kami cadangkan.
-Minum air kosong selepas minum jus ini.

PANTANG
-Jarakkan 3 jam jika minum air yang bercaffein.
-Pastikan ambil 1 jam sebelum sarapan atau sebelum tidur.
-Jarakkan 1 hari jika ambil supplement lain
Contoh pengambilan : Isnin (Jushine C), Selasa (Supplement B), Rabu (Jushine C)

HARGA PASARAN:-
RM53.00 SM RM59.00 SS
Postage + RM7.00     

Haishhhh lupa nak habaq, iolls salah sorang agent jushine C tau.. nak order meh pm iolls..no fon sila lihat dalam gambaq..sapa-sapa orang Ampang yang nak order meh order dgn iollss.. Jimat duit postage..hehehe 


Dah habis bercerita..ok Jom makan..lapaq dah nie,,Annyeong!!




Tuesday 17 January 2017

Girls' Day Out: Episode 2 - Catatan Ringkas ke Melaka

Sambung balik ep Girls' Day Out kite. Ni namanya percutian tak di rancang. Tiba-tiba mama & abah iolss ajak balik Melaka.. Yess!! ada pon tempat nak dituju + bawak cousin jalan2 lagi. Sampai je Melaka terus ke Kg. Morten. Kalau ikut plan asal nak naik boat sepanjang Sungai tu. Tapi sebab panas terik + takkan kitorang je nak naik + view siang tak cantik so x jadi laa nak naik. Kitorang jalan je menyusuri sungai di bawah sinaran matahari yg perghhh tahu nak cakap.. die punya panas, nasib baik pakai sunblock..
Mula-mula excited jalan
redha je laa muka terbakar


cantik bebenar rumah nie


buat muka tak bersalah padahal owner rumah dok perati dari tadi

Lepas penat berjalan + berpanas + bergambar kitorang gerak ke Bangunan Stadthuys (Bangunan Merah) . Kat sini kitorang just lepak-lepak sambil melihat gelagat-gelagat pelancong jer. 
Add caption
Tolong ambil gambar diorang je

Dalam dok seronok main snap2 gambar tertengok seberang jalan tu ramai orang dok beratur. Iolls perati je dari jauh kedai tu jual apa yang panjang nau beraturnya. Iolls tak puas hati iolls menapak la keseberang.


Tadaaa ini rupanya yang dijual 
Fuhhh sejuk tekak dapat tembikai nie. sebiji RM7.00. Iolls beli 2 biji.. Kang beli 1 berebut pulak kn. Lepas dah puas minum kitorang gerak ke Kapal Samudera. Nak masuk bayaran RM5.00 seorang. Last iolls masuk sini masa zaman sekolah menengah. Memandangkan adik-adik semua tak pernah masuk, jom laa hakak uolls nie bawak korang semua masuk..


Pemandagan dari luar


sanggup berpanas nak amik gambar punya pasal


Matawang Dulu-dulu..Unik!

Senjata

Iolls dengan Hang Tuah


Menanti dirimu kembali


Lepas penat ronda-ronda dalam kapal nie kitorang gerak terus ke Muzium Kapal Selam Pantai Klebang. Bayaran masuk RM5.00 seorang.

Depan Kapal Selam
Masuk-masuk je kapal selam iolls ada perasaan "boleh tak nak keluar je, tak nak masuk". Sempit gila uolls. laluan muat sorang je, macam mana la orang boleh bekerja dalam Kapal Selam ni..Sesak nafas iolls tau tak. Memang tak digalakkan bawak kanak-kanak masuk. Sempit dan panas pula tu.




seram pulak tengok patung ni

bilik tidur

dapur
Fuhhh akhirnya dapat keluar dari tempat tu, hahaha.. dekat luar kapal selam tu terdapat dua jet pejuang.. kitorang lepak2 dulu dekat sini lepas tu baru keluar.
semangat betul budak ni


Lepas penat berjalan  + perut pun dah mula berkeroncong, kitorang makan di Medan Selera dekat Pantai Klebang nie.. dah selesai makan kitorang balik rumah kitorang dekat Bukit Rambai, rehat2 dulu sebelum gerak balik ke Kuala Lumpur.Nasib baik ada rumah kat sini. hehehe.. 

Eh tak balik KL lagi la.. Sebelum balik petang tu kitorang singgah makan di Barkat Roti John Pantai Puteri. Iolls satu family memang dari dulu memang suka makan dekat sini. sorang boleh habiskan sebantal roti john tu.hahahha.. sapa2 yang datang Melaka meh cuba makan dekat sini.. Makan panas dia pon not bad la.. 



Okey iolls dah penat bercerita.. iollss undur diri dulu.. Annyeong!!






Monday 9 January 2017

Girls's Day Out: Episode 1- KL Upside Down House, Pavillion, KLCC, Avenue K





Wahh lama nau Blog iolls berhabuk. Siap bersawang lagi. Bukannya apa iolls malas gile nak menaip, apatah lagi mencari idea. Banyak lagi benda yg iolls nak fikir. Tapi disebabkan mood harini MACAM rajin je plus + MACAM nak bercerita je iolls pon dengan ini sedang menaip ini ceritalah. Ceritanya cousin iolls baru lepas SPM datang dari Kedah, saja nak duduk jalan-jalan KL. So tak kan nak duduk saja kat rumah kan. so iolls adik beradik bawak jela dia jalan-jalan KL. so bincang punya bincang kitorang decide nak pergi Kuala Lumpur Upside Down House, Pavillion & KLCC.
31 DISEMBER 2016
1.KUALA LUMPUR UPSIDE DOWN HOUSE 
Tepat pukul 9.30 kitorang gerak dari rumah. kitorang naik public tranport sebab nak ala-ala pelancong sangat..hahahaha. Dari Ampang Point (sebab rumah iolls dekat situ) kami naik Rapid KL ke KLCC. Sesampainya dekat KLCC terus tukar bas, kitorang naik GOKL City Bus. Paling pentang tak perlu tambang. Its Free!! Gunakan kemudahan yang ada ye uolls..hehehe.. GOKL City Bus ni ada empat routes tau Green, Blue, Purple, Red. Semua terpampang dekat depan bas. So uolls jangan risau ok. Dari KLCC Green line je tau. Tapi disebabkan Green Line tak lalu  Menara Kuala Lumpur, kitorang kena turun di Starhill Gallery dan tukar ke Purple Line. 

Routes Map GOKL City Bus
Pelakon utama dalam ini cerita
Bila dah jumpa tulisan Menara Kuala Lumpur macam dalam gambar bawah ni, yeee uolls dah sampai tapi kat bawah je la..hahahaha.. nak sampai ke Menara KL tu ada dua option. Menapak or ada free shuttle service dekat Guard House korang naik je. Tapi masa kitorang sampai  shuttle service nan hadoo maybe tengah hangkot pelancong lain kot. dan akhirnya kitorang terpaksa buat keputusan untuk menapak ke atas... baik punya lenguh kaki sementara nak sampai atas..hahahha.
Add caption
masing-masing semangat nak mendaki

Lagi sikittt lagi nak sampai tapi iolls dah letih sangat

Tadi masing-masing semangat, sampai atas jadi gini..



YEAAHHHH akhirnya setelah berpenat lelah kitorang mendaki.. Abaikan aunty tu.. dah cuba nak amik gambar elok-elok tapi ada je halangan.. ni je mampu..sobsob..





Mula-mula sampai iolls ingat besar laa house die..rupenya tak ada laa besar mana..hehe..Lepas beli tiket ingatkan dapat terus masuk. tapi tak ye, sebabnya dia hadkan 18 orang je masuk dalam satu masa. so tak ada laa berebut-rebut orang nak bergambar. Dekat tiket tu ada tulis nombor so nanti diorang akan panggil laa bila sampai turn kita. sementara tu boleh lah bergambar diluar kawasan rumah dulu, Jom layannnn...





Sudikah awak duduk disebelah saya?







Lepas dah penat bergambar..kitorang bergerak ke Pavillion.

Lokasi             : Upside Down House Kuala Lumpur
Masa Operasi : 9 pagi-7 petang
Harga Tiket     : RM15
Cara ke Lokasi: Rapid KL to KLCC ---> GOKL City Bus (Green Line) --->  Starhill Gallery tukar Purple Line ---> turun di KL Tower stop---> free shuttle service or menapak jer untuk naik ke atas 


2. PAVILLION , KLCC & AVENUE K

Sebenarnya tak ada benda nak buat pon dekat Pavillion, KLCC & Avenue K.. just kitorang jalan-jalan..makan.. Shopping.. Lepas makan dekat pavillion kitorang gerak ke KLCC dengan menaiki GOKL City Bus.. Just lepak dekat Taman KLCC ambil angin petang sambil tengok gelagat pengunjung KLCC.. Lepas sejam lebih gitu kitorang ke Avenue K singgah Baskin Robbin.  Seperti biasa pekena my feveret ice-cream, Mint Chocolate Chip.. Kalau tak ada iolls sanggup x makan.. Dah sejukkan badan dengan ice-cream kitorang gerak balik Ampang dengan menaiki bas Rapid KL..

Next entry iolls sambung Episode 2 dalam rancangan Girls' Day Out..hahaha

Annyeong!!!