Monday 21 September 2015

Jalan-Jalan Cari Makan : SWEETREE RESTAURANT

Annyeonghaseyo!!

Tiba-tiba tekak ni teringin sangat nak makan makanan korea. Padahal bulan puasa haritu FK dah makan pon makanan korea. So disebabkan ni FK nak story laa Restoran Korea mana yang selalu FK makan. Sweetree Restaurant dekat area Taman Putra Sulaiman Ampang. Kedai ni dekat dengan rumah and opis FK. Memang selalu kalau teringin sangat nak makan sini lah tempatnya sebab dijamin HALAL and penah masuk dalam program Jalan-Jalan Cari Makan, Owner, Mr. Park pon sangat peramah orangnya!! 


FK sertakan alamat sekali :
No 13 L-1.2, Jalan Ampang Putra, 
Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang,
Selangor, Malaysia

Bila jejak je dalam restoran ni FK rasa macam ada dekat korea, sebab hiasan dalaman dia memang cantik, macam dalam Drama Korea yang selalu kita tengok. Kalau couple2 yang nak berdating dekat sini pon ok sebab lighting pon cantik and romantik. Restoran ini ada 3 tingkat, tingkat last skali adalah tempat untuk belajar masakan korea, Belajar bahasa, kelas art and clay juga tempat untuk adakan party, siap ada karaoke and piano lagi tau.Tingkat 3 juga ada menempatkan surau.
Pintu ke Tingkat 3
Tingkat 2 pula ada ruangan love lock macam dekat namsan tower tu and ada privacy room kalau ada nak buat private party. Lagi 1 kalau rasa teringin sangat nak pakai pakaian traditional korea iaitu Hanbok korang boleh boleh cuba pakai di sini sebab ada ruangan menempatkan hanbok.
love lock

Ruangan Tingkat 2



Salah satu daripada 3 private room
Makanan kat sini pula sangat sedap. Rugi kalau korang tak cuba. Kebanyakkan menu dekat sini semua FK dah try, harga juga sangat berpatutan setimpal dengan rasa makanan tu. Pada bulan puasa pon Restoran ni ada menyediakan Buffet Ramadhan. Sangat berbaloi laa kalau makan time Ramadhan sebab harga murah and banyak menu korean food. Jom tengok menu apa yang ada kat sana.

Kimchi Jiggae

Kimbab

Kimchi Pancake

Side Dish
Bibimbap
So apa lagi kepada korang teringin sangat nak makan korean food tapi tak tahu restoran mana yang halal boleh laa singgah di Sweetree Restaurant. Ini alamatnya FK sertakan sekali lagi.

           
No 13 L-1.2, Jalan Ampang Putra, 
Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang,
Selangor, Malaysia