Monday 9 January 2017

Girls's Day Out: Episode 1- KL Upside Down House, Pavillion, KLCC, Avenue K





Wahh lama nau Blog iolls berhabuk. Siap bersawang lagi. Bukannya apa iolls malas gile nak menaip, apatah lagi mencari idea. Banyak lagi benda yg iolls nak fikir. Tapi disebabkan mood harini MACAM rajin je plus + MACAM nak bercerita je iolls pon dengan ini sedang menaip ini ceritalah. Ceritanya cousin iolls baru lepas SPM datang dari Kedah, saja nak duduk jalan-jalan KL. So tak kan nak duduk saja kat rumah kan. so iolls adik beradik bawak jela dia jalan-jalan KL. so bincang punya bincang kitorang decide nak pergi Kuala Lumpur Upside Down House, Pavillion & KLCC.
31 DISEMBER 2016
1.KUALA LUMPUR UPSIDE DOWN HOUSE 
Tepat pukul 9.30 kitorang gerak dari rumah. kitorang naik public tranport sebab nak ala-ala pelancong sangat..hahahaha. Dari Ampang Point (sebab rumah iolls dekat situ) kami naik Rapid KL ke KLCC. Sesampainya dekat KLCC terus tukar bas, kitorang naik GOKL City Bus. Paling pentang tak perlu tambang. Its Free!! Gunakan kemudahan yang ada ye uolls..hehehe.. GOKL City Bus ni ada empat routes tau Green, Blue, Purple, Red. Semua terpampang dekat depan bas. So uolls jangan risau ok. Dari KLCC Green line je tau. Tapi disebabkan Green Line tak lalu  Menara Kuala Lumpur, kitorang kena turun di Starhill Gallery dan tukar ke Purple Line. 

Routes Map GOKL City Bus
Pelakon utama dalam ini cerita
Bila dah jumpa tulisan Menara Kuala Lumpur macam dalam gambar bawah ni, yeee uolls dah sampai tapi kat bawah je la..hahahaha.. nak sampai ke Menara KL tu ada dua option. Menapak or ada free shuttle service dekat Guard House korang naik je. Tapi masa kitorang sampai  shuttle service nan hadoo maybe tengah hangkot pelancong lain kot. dan akhirnya kitorang terpaksa buat keputusan untuk menapak ke atas... baik punya lenguh kaki sementara nak sampai atas..hahahha.
Add caption
masing-masing semangat nak mendaki

Lagi sikittt lagi nak sampai tapi iolls dah letih sangat

Tadi masing-masing semangat, sampai atas jadi gini..



YEAAHHHH akhirnya setelah berpenat lelah kitorang mendaki.. Abaikan aunty tu.. dah cuba nak amik gambar elok-elok tapi ada je halangan.. ni je mampu..sobsob..





Mula-mula sampai iolls ingat besar laa house die..rupenya tak ada laa besar mana..hehe..Lepas beli tiket ingatkan dapat terus masuk. tapi tak ye, sebabnya dia hadkan 18 orang je masuk dalam satu masa. so tak ada laa berebut-rebut orang nak bergambar. Dekat tiket tu ada tulis nombor so nanti diorang akan panggil laa bila sampai turn kita. sementara tu boleh lah bergambar diluar kawasan rumah dulu, Jom layannnn...





Sudikah awak duduk disebelah saya?







Lepas dah penat bergambar..kitorang bergerak ke Pavillion.

Lokasi             : Upside Down House Kuala Lumpur
Masa Operasi : 9 pagi-7 petang
Harga Tiket     : RM15
Cara ke Lokasi: Rapid KL to KLCC ---> GOKL City Bus (Green Line) --->  Starhill Gallery tukar Purple Line ---> turun di KL Tower stop---> free shuttle service or menapak jer untuk naik ke atas 


2. PAVILLION , KLCC & AVENUE K

Sebenarnya tak ada benda nak buat pon dekat Pavillion, KLCC & Avenue K.. just kitorang jalan-jalan..makan.. Shopping.. Lepas makan dekat pavillion kitorang gerak ke KLCC dengan menaiki GOKL City Bus.. Just lepak dekat Taman KLCC ambil angin petang sambil tengok gelagat pengunjung KLCC.. Lepas sejam lebih gitu kitorang ke Avenue K singgah Baskin Robbin.  Seperti biasa pekena my feveret ice-cream, Mint Chocolate Chip.. Kalau tak ada iolls sanggup x makan.. Dah sejukkan badan dengan ice-cream kitorang gerak balik Ampang dengan menaiki bas Rapid KL..

Next entry iolls sambung Episode 2 dalam rancangan Girls' Day Out..hahaha

Annyeong!!!


No comments:

Post a Comment