Friday 15 May 2015

Travelogue:Cintaku Tertinggal di Korea- PART 2

Assalamualaikum,

23hb April 2015

Kalau ikutkan itinerary yang dah FK buat, hari ni adalah hari Free & Easy kami. Bos FK saja bagi ruang pada kami untuk pergi mana-mana tempat yang nak kami lawati memandangkan ini bukanlah kali pertama bos FK datang ke Korea. So jom lihat tempat mana yang FK pergi harini.

1.Gyeongbokgung Palace

 
Dekat sana ada banyak palace tp FK cuma pergi Gyeogbokgung Palace sebab ia berdekatan dengan tempat lain yang kami nak pergi.So sekali jalan la senang cerita dan lagi satu FK dah terpengaruh dengan korean drama Rooftop Prince.HEHEHE.Tapi FK x sempat nak tengok Changing Guard Ceremony.Sedihh!! takpe next time datang lagi.

Palace ni dibuka setiap hari kecuali hari SELASA dan dibuka pada pukul 9.00 pagi-6.00 petang dan kadar bayaran adalah:

Dewasa (umur 19-64): 3,000 won
Kanak-kanak (umur 7-18): 1,500 won

Direction ke Gyeongbokgung by Subway:

Dari Myeongdong Station (line 4) kita transit dekat Chungmuro Station and ambil Line 3 untuk ke Gyeongbokgung Palace Station (Line 3, Exit 5). Keluar je Exit 5 dah nampak Gyeongbokgung Palace. Meh FK belanja korang pic sekitar kawasan Gyeongbokgung Palace ni.
 

2.Gwanghwamun Square

After dah berjalan sakan dekat dalam kawasan palace ni. FK & yang lain-lain berangkat ke Gwanghwamun Square. Lintas je jalan depan Pintu Masuk Gyeongbokgung Palace rupa-rupanya Gwanghwamun Square, ingat jauh mana la. Gwanghwamun Square terletak di tengah-tengah kota metropolitan Seoul. Dataran ini menghubungkan Gwanghwamun Gate (pintu masuk Gyeongbokgung) dengan Cheonggye Square.Di sini terletaknya patung King Sejong. King Sejong merupakan raja ke-4 Dynasty Joseon. Dia adalah orang yang bertanggungjawab mencipta tulisan Hangul (tulisan Korea).
Dekat dataran ni pun ada satu lagi monumen iaitu monumen Admiral Yi Sun-Shin. Yi Sun-Shin merupakan seorang Komander Tentera Laut yang bertanggungjawab mengetuai peperangan menentang Jepun. Tp FK x berjalan sangat dekat sini setakat tengok dari tepi jalan je sebab hati FK dah dekat Namdaemun Market. So jom lepas ni FK bawak korang pergi shopping dekat Namdaemun pulak ok.

3.Namdaemun Market

Dari Gwanghwamun Station (Line 5) kami transit di Chungmuro untuk ambil Line 4 ke Hoehyeon exit 5. Pasar ni dibuka setiap hari kecuali hari ahad. Disini adalah syurga barangan, macam-macam ada jua seperti souviner, pakaian, makanan, barang dapur, kosmetik.Korang boleh beli Souviner dekat sini dekat harga berpatutan. Terdapat banyak kedai, gerai yang menjual T-Shirt seperti I LOVE KOREA, Runningman pada harga 10,000 Won untuk 3 helai, chopstick, keychain, fridge magnet dan macam-macam lagi lah. Pada mulanya FK datang cuma nak survey harga tapi memandangkan harga semua berpatutan akhirnya FK beli juga barang yang dikirimkan oleh saudara-mara FK dan sedikit souviner untuk kawan-kawan FK.

Tujuan sebenarnya FK datang Namdaemun ni sebab nak beli brooch dekat bangunan E-Lendang.Itu pon sebab hati dah memberontak sebab Brooch Korea dekat Malaysia tersangatlah mahal.Cara E-Lengdang, keluar je dari exit 5, jalan sikit ke depan korang akan nampak bangunan kaler hijau. Haaa itulah bangunannya. Dengan semangatnya FK menapak ke tingkat 2. Bila masuk je kedalam terkaku sekejap FK. Banyaknye kedai ada 400 lebih satu floor. FK tak berlengah lagi, terus cari kedai No.209 sebab ramai orang kata kedai ahjuma ni murah.Boleh tahan jugak design brooch dia. Apa lagi FK pon melancarkan operasi memilih brooch. Banyak juga beli untuk Fk sendiri, mama, mak cik FK .Lepas menghabiskan duit beli brooch barulah FK merayap cari souviner. Hampir 2 jam berjalan dekat Namdaemun Market FK dan yang lain-lain balik ke GUesthouse untuk rehat sekejap sebab malam kitorang nak pergi Namsan Tower pulak.
Bangunan belah kanan ni la E-Lengdang

Rambang mata FK macam-macam barang ada
Banyak tak kitorang shopping
4.Namsan Tower

Haaa...akhirnya malam pon tiba. FK pon apa lagi melompat dari katil bersiap nak pergi ke Namsan Tower. Tapi ramai kawan FK tak pergi sebab diorang dah penat. Tak kesah laa janji FK pergi jugak. 

Cara ke Namsan Tower:

Naik subway ke Myeongdong (line 4, exit 3) keluar dari exit 3 padang ke belakang korang akan nampak Pacific Hotel dan 7eleven. Korang jalan je ke arah Pacific Hotel dan akan ada simpang kiri or kanan. Lepas tu suka hari korang laa nak ikut kiri or kanan sebab dekat tempat pejalan kaki tu memang dah ada arah or anak panah ke Namsan Tower, korang ikut je. Guesthouse yang FK duduk memag dekat belakang Pasific Hotel je, kitorang cuma perlu menapak je ke belakang. Nanti korang akan jumpa........

Taaaraaa!!! Tangga ni. punye laa curam tangga nak ke atas.Nak nangis FK menapak. Kesian kawan FK siap kena dukung anak lagi. So sapa yang ada asma tu standby air dengan ubat ye.
sebagai bukti kitorang menapak.ni masa kitorang jalan balik
Bila dah sampai atas ni korang ada 2 pilihan samaada korang nak naik Cable Car or Menapak lagi naik tangga. Korang rasa FK nak naik tangga ke kalau yang ni pun dah tercungap-cungap. So kitorang pon berjalan ke depan sikit untuk ke Namsan Cable Car. 

Info Namsan Cable Car:

Operating Hours:







10.00-23.00







Admission Fees

Adults (Roundtrip): Individuals 8,500 won / Groups 7,000 won
Adults (One-way):  Individuals 6,000 won / Groups 5,000 won
Children (Roundtrip): Individuals 5,500 won / Groups 4,500 won
Children (One-way): Individuals 3,500 won / Groups 3,000 won

Dah sampai!! Tapi sangatlah tak best kalau pergi malam. Dah laa FK lupa bawa glove. hampir beku dah rasa badan ni. Nak ambil pic pon tak cantik kalau view malam. Kitorang pon tak naik Tower tu memandangkan kat bawah pon dah sejuk and sampai naik kebas muka, nikan pulak nak naik atas. Korang rasa??? hahaha...Ni antara pic yang sempat FK snap untuk tatapan korang.

Lepas kitorang dah posing sakan, apa lagi jom balik Guesthouse nak kumpul energy untuk esok pulak. Tapi yeke sampai sini je.kekekek. Tentulah tidak bagi FK and 2 orang gadis satu bilik dengan FK. Malam masih muda walaupon dah pukul 10.30 malam time tu. Kitorang ambil keputusan untuk terus ke Myeongdong Street. YEHAAAA!!!! Actually kan uolls kami bertiga tiap-tiap malam keluar ke Myeongdong Street sebab dia seberang jalan je and dekat sangattttttt dengan Guesthouse kitorang. 

Sampai sini je laa FK cerita. Korang tunggu laa entri yang berikutnya pulak.Annyeong!!!

1 comment:

  1. Seronok bace.. anyway..namanya FK ye.. my blog nama FN.. tapi thanks eh sbb bgtau sume detail.. operating hour.. berapa entrance fee.. sgt membantu

    ReplyDelete