Assalamualaikum,
Semalam FK dah story pada korang berkenaan persiapan ke Korea. So entri kali ni FK nak story pasal pengalaman & tempat2 menarik yang FK lawati di Korea. Percutian FK kali ini adalah selama 5 hari 4 malam dan pada musim bunga.Sebab apa musim bunga?? sebab kami semua dah kemaruk nak tengok bunga tulip & of coz FK hard fan korean drama n Kpop.
Pada tarikh 22hb April 2015 jam 8.30 pagi penerbangan FK ke Seoul dan buat pertama kalinya FK naik kapal terbang.Time tu punya laa berdebar-debar, kepala ni dah macam2 fikir, MH307, MH17.Hmmm..
Perjalanan dari KL ke Seoul mengambil masa 6 jam. sepanjang perjalanan FK tak boleh lelapkan mata langsung, maybe excited or takut naik flight kot.
Flight mendarat lebih kurang pukul 3.30 petang waktu seoul. Selepas pengesahan kastam dan dah claim bag, kami menunggu sahabat bos dan bas yang dah kami booked 2 bulan lepas. Bukan tak nak naik shuttle bus or train tapi memudahkan sebab kami 28 orang dan ada kanak-kanak, susah nak kawal.
![]() |
Rasa macam orang korea dah dapat minum Banana Milk |
Kira-kira 5.30 petang baru bas kami sampai. Fuhhh penat nak tunggu, pemandu bas tu kata jalan sesak teruk memandangkan haritu hari bekerja. Tapi bagi aku cuti or bekerja sama sahaja.
![]() |
Ni Bas kitorang..Lg tambah excited FK sbb ada Lee Jong Suk disisi FK |
FK ada kerja lain nak buat laa.Nanti FK sambung PART 2 ok. Annyeong!!!
No comments:
Post a Comment