Tuesday 12 April 2016

Resepi: Laksa Lemak Nyonya

Mood masak FK baik sekarang ni. Sebab teringin sangat nak makan laksa nyonya, gigih FK goggle resepi. Tadaaa!!! hasilnya..sangat sedap rugi kalau tak cuba.(puji diri sendiri). Kebetulan pula ada sahabat abah datang rumah.memang langkah kanan la diorg dapat rasa masakan FK. 5 star kot FK dapat..tenkiu sapa yang puji tu..disebabkan FK tak kedekut resepi nah FK share dengan korang.



BAHAN KUAH LAKSA

3 sudu makan udang kering (direndam dan toskan)
1 genggam daun kesum (FK letak 2 genggam)
2 kuntum bunga kantan
1 liter santan
1 liter air rebusan kepala dan kulit udang
2 kiub ikan bilis (kalau tak ada kisar 1 genggam ikan bilis)
1 sudu makan sos ikan
250g bawang merah *
2 batang serai, hiris halus *
20g belacan bakar*
1 inci lengkuas*
5 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
3 biji cilih merah*
1 sudu makan biji ketumbar*
(semua bahan bertanda * dikisar halus)


BAHAN LAKSA

1bungkus laksa direbus
500g udang (direbus)
taugeh
timun
bawang besar
fishcake (digoreng dan dihiris nipis)
tauhu pok
limau kasturi or limau nipis
hirisan bunga kantan
sambal tumis (resepi di bawah)

BAHAN SAMBAL TUMIS

1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar*
1/2 inci belacan*
1 sudu makan udang kering*
2 ulas bawang putih*
air asam jawa
Garam dan gula
(Bahan bertanda * dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA

Untuk Kuah Laksa
1.Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang kering hingga harum..selepas itu masukkan bahan-bahan rempah yang dikisar. Tumis hingga harum dan terbit minyak.
2.dalam periuk besar yang lain, panaskan stok udang dan lepaskan daun kesum dan biar renih 10-15 minit.
3.Masukkan rempah yang ditumis tadi bersama kiub ikan bilis dan satan ke dalam stok udang yang telah direnih tadi. (FK tambah air lagi)
4.Selepas itu masukkan bunga kantan, sos ikan dan perasakan dengan garam dan gula.Biar mendidih dan kacau selalu.

Untuk Sambal Tumis
1.Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar hingga harum.
2.Masukkan cili kisar dan masak hingga garing.
3.Masukkan air asam jawa, dan perasakan dengan garam dan gula.
4.Kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga sambal tumis terbit minyak.

Sambil taip ni pon tekak dah rasa nak makan laksa nyonya lagi.kena repeat lagi ni..

Tapi FK tengah diet ni...hmmmm..


No comments:

Post a Comment