Wednesday, 10 June 2015

Travelogue:Cintaku Tertinggal di Korea - PART 4



NAMI ISLAND
25hb April 2015


Next!! FK ke Nami Island. Tempat ni wajib dikunjungi kalau ke Korea. Nami Island terkenal dengan Drama Winter Sonata yang dibintangi oleh dua pelakon hebat Bae Yong Jun & Choi Ji Woo. FK ingat lagi FK tengok drama ni masa darjah 4. Dah lama sangat tu.

Banyak cara nak ke nami island ni. Disebabkan FK ikut trip company so kami naik bas. Tapi FK akan cerita juga laa macam mana nak naik public transport ke sana. Sebetulnya memang FK dah buat research sebelum pergi Korea haritu. So FK share je laa apa yang patut.

Kat bawah ni cara kalau menaiki Limousine Shuttel Bus. Semua diceritakan detail.

Dalam bas masa ni dah nak sampai..Cantik betul kawasan ni.




Nak masuk Nami Island kena ada Visa ye...



Yee dah sampai

1st Trip punye bus..FK trip kedua..xde sape amek pic kitorg..sedihh!!

Oppa yamh sangat Friendly & kelakar

Masa ni FK dah atas bus..sape yang bawak bus?? oppa kat atas td tu laa..

tempat Kang Jun Sang & Yoo Jin naik basikal..hehe


Ahjuma nie xcited nak amek pic ngn kitorg..Fefeeling Retis Malaysia kejap

First Kiss Jun Sang & Yoo Jin

Bangga nampak bendera Malaysia





FK paling suka pic ni



Jom kita goncang

Tadaaa!!! dah siap Dosirak kita

Ini je space yang ada

Gadis Desa bawak basikal

Sesiapa yang tertinggal cerita sebelum ni bole tekan link kat bawah ni ye. Jangan lupe tungga last part Cintaku Tertinggal Di Korea.. 
Cintaku Tertinggal di Korea - PART 4



Wednesday, 27 May 2015

Travelogue:Cintaku Tertinggal di Korea - PART 3

Assalamualaikum,

Sorry dah seminggu lebih FK menyepi. So harini FK curi masa sikit nak sambung cerita pasal trip pergi Korea haritu.

24hb April 2015


Harini FK nak bawak korang pergi Everland. Kitorang ke sana dengan bus yang telah disediakan company. So x payah laa susah-susah nak naik train. Siap boleh tido lagi dalam bus ni haaa. Sampai je kat sana rupanya kitorang kena naik free shuttle bus untuk ke Everland.

Apa yang ada di Everland..??? Ia sebenarnya merupakan sebuah taman tema yang penuh dengan permainan dan aktiviti aktif dan interaktif. Apa yang ada di sini hampir sama dengan taman-taman tema yang lain. Kebanyakan permainan atau aktiviti santapan mata yang disediakan di sini secara amnya boleh dibahagikan kepada 5 kategori utama iaitu Global Fair, Zoo-Topia, European Adventure, Magic Land dan American Adventure. Nak tahu lebih lanjut buka laa laman web Everland . Jom cuci mata dengan gambar dekat Everland ni.

Tengah tunggu Shuttle Bus untuk ke Entrance Everland
Entrance
Time ni FK tengah edarkan tiket masing-masing
2nd game FK, 1st game tak tau mana pergi gambar
Kesian FK.. Tertinggal sorang.. 
FK x dpt naik T-Express ni sebab kaunter dah tutup..sobsob



suka tengok tulip ni
motif ambil gambar ni?? fokus couple depan tu je..hahahah


Banyak tengok Runningman sebab tu terkgedik-gedik nak main benda ni.
Admission Fees

Ticket box (for foreigners): Walk 20m to the right from the main gate. The ticket box is located behind the information center.

* Daytime ticket (1 day pass): Adults 40,000 won  / Children 31,000 won
* Nighttime ticket (1 day pass): Adults 32,000 won / Children 27,000 won
Cara ke Everland by :

[Subway]
-Jeondae-Everland Station (Yongin Ever Line), Exit 3.
-Take the shuttle bus to Everland.

[Bus] 1) Sinnonhyeon Station, Gangnam Station, Yangjae Station: Bus 5002
2) Pangyo, Segok-dong, Suseo Station, Songpa Station, Jamsil Station, Gangbyeon Station: Bus 5700
3) Sadang Station, Nambu Terminal (Bundang and Gwangju via): Bus 1500-2
4) Gangbyeon Station, Gangdong Station (via Gwangju): Bus 1113

 
Okey sampai sini saja dulu. FK banyak keje nak buat. Tunggu next entry ye. ANNYEONG!!!


Friday, 15 May 2015

Travelogue:Cintaku Tertinggal di Korea- PART 2

Assalamualaikum,

23hb April 2015

Kalau ikutkan itinerary yang dah FK buat, hari ni adalah hari Free & Easy kami. Bos FK saja bagi ruang pada kami untuk pergi mana-mana tempat yang nak kami lawati memandangkan ini bukanlah kali pertama bos FK datang ke Korea. So jom lihat tempat mana yang FK pergi harini.

1.Gyeongbokgung Palace

 
Dekat sana ada banyak palace tp FK cuma pergi Gyeogbokgung Palace sebab ia berdekatan dengan tempat lain yang kami nak pergi.So sekali jalan la senang cerita dan lagi satu FK dah terpengaruh dengan korean drama Rooftop Prince.HEHEHE.Tapi FK x sempat nak tengok Changing Guard Ceremony.Sedihh!! takpe next time datang lagi.

Palace ni dibuka setiap hari kecuali hari SELASA dan dibuka pada pukul 9.00 pagi-6.00 petang dan kadar bayaran adalah:

Dewasa (umur 19-64): 3,000 won
Kanak-kanak (umur 7-18): 1,500 won

Direction ke Gyeongbokgung by Subway:

Dari Myeongdong Station (line 4) kita transit dekat Chungmuro Station and ambil Line 3 untuk ke Gyeongbokgung Palace Station (Line 3, Exit 5). Keluar je Exit 5 dah nampak Gyeongbokgung Palace. Meh FK belanja korang pic sekitar kawasan Gyeongbokgung Palace ni.
 

2.Gwanghwamun Square

After dah berjalan sakan dekat dalam kawasan palace ni. FK & yang lain-lain berangkat ke Gwanghwamun Square. Lintas je jalan depan Pintu Masuk Gyeongbokgung Palace rupa-rupanya Gwanghwamun Square, ingat jauh mana la. Gwanghwamun Square terletak di tengah-tengah kota metropolitan Seoul. Dataran ini menghubungkan Gwanghwamun Gate (pintu masuk Gyeongbokgung) dengan Cheonggye Square.Di sini terletaknya patung King Sejong. King Sejong merupakan raja ke-4 Dynasty Joseon. Dia adalah orang yang bertanggungjawab mencipta tulisan Hangul (tulisan Korea).
Dekat dataran ni pun ada satu lagi monumen iaitu monumen Admiral Yi Sun-Shin. Yi Sun-Shin merupakan seorang Komander Tentera Laut yang bertanggungjawab mengetuai peperangan menentang Jepun. Tp FK x berjalan sangat dekat sini setakat tengok dari tepi jalan je sebab hati FK dah dekat Namdaemun Market. So jom lepas ni FK bawak korang pergi shopping dekat Namdaemun pulak ok.

3.Namdaemun Market

Dari Gwanghwamun Station (Line 5) kami transit di Chungmuro untuk ambil Line 4 ke Hoehyeon exit 5. Pasar ni dibuka setiap hari kecuali hari ahad. Disini adalah syurga barangan, macam-macam ada jua seperti souviner, pakaian, makanan, barang dapur, kosmetik.Korang boleh beli Souviner dekat sini dekat harga berpatutan. Terdapat banyak kedai, gerai yang menjual T-Shirt seperti I LOVE KOREA, Runningman pada harga 10,000 Won untuk 3 helai, chopstick, keychain, fridge magnet dan macam-macam lagi lah. Pada mulanya FK datang cuma nak survey harga tapi memandangkan harga semua berpatutan akhirnya FK beli juga barang yang dikirimkan oleh saudara-mara FK dan sedikit souviner untuk kawan-kawan FK.

Tujuan sebenarnya FK datang Namdaemun ni sebab nak beli brooch dekat bangunan E-Lendang.Itu pon sebab hati dah memberontak sebab Brooch Korea dekat Malaysia tersangatlah mahal.Cara E-Lengdang, keluar je dari exit 5, jalan sikit ke depan korang akan nampak bangunan kaler hijau. Haaa itulah bangunannya. Dengan semangatnya FK menapak ke tingkat 2. Bila masuk je kedalam terkaku sekejap FK. Banyaknye kedai ada 400 lebih satu floor. FK tak berlengah lagi, terus cari kedai No.209 sebab ramai orang kata kedai ahjuma ni murah.Boleh tahan jugak design brooch dia. Apa lagi FK pon melancarkan operasi memilih brooch. Banyak juga beli untuk Fk sendiri, mama, mak cik FK .Lepas menghabiskan duit beli brooch barulah FK merayap cari souviner. Hampir 2 jam berjalan dekat Namdaemun Market FK dan yang lain-lain balik ke GUesthouse untuk rehat sekejap sebab malam kitorang nak pergi Namsan Tower pulak.
Bangunan belah kanan ni la E-Lengdang

Rambang mata FK macam-macam barang ada
Banyak tak kitorang shopping
4.Namsan Tower

Haaa...akhirnya malam pon tiba. FK pon apa lagi melompat dari katil bersiap nak pergi ke Namsan Tower. Tapi ramai kawan FK tak pergi sebab diorang dah penat. Tak kesah laa janji FK pergi jugak. 

Cara ke Namsan Tower:

Naik subway ke Myeongdong (line 4, exit 3) keluar dari exit 3 padang ke belakang korang akan nampak Pacific Hotel dan 7eleven. Korang jalan je ke arah Pacific Hotel dan akan ada simpang kiri or kanan. Lepas tu suka hari korang laa nak ikut kiri or kanan sebab dekat tempat pejalan kaki tu memang dah ada arah or anak panah ke Namsan Tower, korang ikut je. Guesthouse yang FK duduk memag dekat belakang Pasific Hotel je, kitorang cuma perlu menapak je ke belakang. Nanti korang akan jumpa........

Taaaraaa!!! Tangga ni. punye laa curam tangga nak ke atas.Nak nangis FK menapak. Kesian kawan FK siap kena dukung anak lagi. So sapa yang ada asma tu standby air dengan ubat ye.
sebagai bukti kitorang menapak.ni masa kitorang jalan balik
Bila dah sampai atas ni korang ada 2 pilihan samaada korang nak naik Cable Car or Menapak lagi naik tangga. Korang rasa FK nak naik tangga ke kalau yang ni pun dah tercungap-cungap. So kitorang pon berjalan ke depan sikit untuk ke Namsan Cable Car. 

Info Namsan Cable Car:

Operating Hours:







10.00-23.00







Admission Fees

Adults (Roundtrip): Individuals 8,500 won / Groups 7,000 won
Adults (One-way):  Individuals 6,000 won / Groups 5,000 won
Children (Roundtrip): Individuals 5,500 won / Groups 4,500 won
Children (One-way): Individuals 3,500 won / Groups 3,000 won

Dah sampai!! Tapi sangatlah tak best kalau pergi malam. Dah laa FK lupa bawa glove. hampir beku dah rasa badan ni. Nak ambil pic pon tak cantik kalau view malam. Kitorang pon tak naik Tower tu memandangkan kat bawah pon dah sejuk and sampai naik kebas muka, nikan pulak nak naik atas. Korang rasa??? hahaha...Ni antara pic yang sempat FK snap untuk tatapan korang.

Lepas kitorang dah posing sakan, apa lagi jom balik Guesthouse nak kumpul energy untuk esok pulak. Tapi yeke sampai sini je.kekekek. Tentulah tidak bagi FK and 2 orang gadis satu bilik dengan FK. Malam masih muda walaupon dah pukul 10.30 malam time tu. Kitorang ambil keputusan untuk terus ke Myeongdong Street. YEHAAAA!!!! Actually kan uolls kami bertiga tiap-tiap malam keluar ke Myeongdong Street sebab dia seberang jalan je and dekat sangattttttt dengan Guesthouse kitorang. 

Sampai sini je laa FK cerita. Korang tunggu laa entri yang berikutnya pulak.Annyeong!!!