Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Tuesday, 12 April 2016

Resepi: Laksa Lemak Nyonya

Mood masak FK baik sekarang ni. Sebab teringin sangat nak makan laksa nyonya, gigih FK goggle resepi. Tadaaa!!! hasilnya..sangat sedap rugi kalau tak cuba.(puji diri sendiri). Kebetulan pula ada sahabat abah datang rumah.memang langkah kanan la diorg dapat rasa masakan FK. 5 star kot FK dapat..tenkiu sapa yang puji tu..disebabkan FK tak kedekut resepi nah FK share dengan korang.



BAHAN KUAH LAKSA

3 sudu makan udang kering (direndam dan toskan)
1 genggam daun kesum (FK letak 2 genggam)
2 kuntum bunga kantan
1 liter santan
1 liter air rebusan kepala dan kulit udang
2 kiub ikan bilis (kalau tak ada kisar 1 genggam ikan bilis)
1 sudu makan sos ikan
250g bawang merah *
2 batang serai, hiris halus *
20g belacan bakar*
1 inci lengkuas*
5 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
3 biji cilih merah*
1 sudu makan biji ketumbar*
(semua bahan bertanda * dikisar halus)


BAHAN LAKSA

1bungkus laksa direbus
500g udang (direbus)
taugeh
timun
bawang besar
fishcake (digoreng dan dihiris nipis)
tauhu pok
limau kasturi or limau nipis
hirisan bunga kantan
sambal tumis (resepi di bawah)

BAHAN SAMBAL TUMIS

1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar*
1/2 inci belacan*
1 sudu makan udang kering*
2 ulas bawang putih*
air asam jawa
Garam dan gula
(Bahan bertanda * dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA

Untuk Kuah Laksa
1.Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang kering hingga harum..selepas itu masukkan bahan-bahan rempah yang dikisar. Tumis hingga harum dan terbit minyak.
2.dalam periuk besar yang lain, panaskan stok udang dan lepaskan daun kesum dan biar renih 10-15 minit.
3.Masukkan rempah yang ditumis tadi bersama kiub ikan bilis dan satan ke dalam stok udang yang telah direnih tadi. (FK tambah air lagi)
4.Selepas itu masukkan bunga kantan, sos ikan dan perasakan dengan garam dan gula.Biar mendidih dan kacau selalu.

Untuk Sambal Tumis
1.Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar hingga harum.
2.Masukkan cili kisar dan masak hingga garing.
3.Masukkan air asam jawa, dan perasakan dengan garam dan gula.
4.Kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga sambal tumis terbit minyak.

Sambil taip ni pon tekak dah rasa nak makan laksa nyonya lagi.kena repeat lagi ni..

Tapi FK tengah diet ni...hmmmm..


Sunday, 16 August 2015

Resepi : Korean Hot & Spicy Fried Chicken

Assalamualaikum.. Harini FK cuti so dapat laa update resepi dekat blog nie. Harini FK masak Korean Hot & Spicy Chicken. Sebenarnya resepi ni dah simpan lama dah dalam fon tapi baru harini dapat cuba. Sebelum ni FK makan dekat restoran korea je. Tak habis-habis fefeeling korea dia..hahaha... Tapi sebab mahal sangat why not FK cuba buat sendirikan. Selamat duit FK, puas pon puas dapat makan banyak...hehehe..

Jom try resepi nie!!

Bahan-bahan:

14 ketul ayam
1 cawan Tepung gandum
1 cawan Tepung beras
1 sudu teh Soda Bikarbonat
1 biji telur
1 sudu teh serbuk lada hitam
5 ulas bawang putih ditumbuk lumat
2 sudu makan madu/gula
3 sudu makan cili serbuk
1 sudu makan gochujang (optional tp FK letak sebab kat rumah ada Gochujang)
4 sudu makan sos tomato
1 sudu makan cuka (optional)
minyak
garam
bijan yang digoreng tanpa minyak (untuk hiasan)

Cara-cara masak:
  • Campur tepung gandum, tepung beras dan soda bikarbnat dan gaul rata. 
  • Pukul telur bersama serbuk lada hitam dan gaulkan ayam bersama telur.
  • Kemudian golekkan ayam bersama campuran tepung tadi dan goreng ayam tersebut hingga kuning keemasan.
  • Untuk sosnya pula tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan gochujang dan cili serbuk yang telah dibancuh dengan air. Masak sehingga cili garing.
  • Kemudian masukkan sos tomato, madu/ gula, cuka dan garam. Gaul rata dengan api sederhana. Jangan campurkan air supaya kerangupan ayam lebih tahan lama dan tidak berair.
  • Masukkan ayam yang telah digorengkan tadi kedalam sos yang telah dimasak. Gaul rata hingga sos menyaluti seluruh ayam. Taburkan bijan.
Tadaaa dah siap!!


Selamat mencuba semua! Kalau jadi bagitau FK ye..hehehe.
Thank you for reading this entry!Annyeong!!